empty
 
 
berapa jam pasar dibuka
Ales Loprais
Peserta tahunan legenda Rally Dakar
masa pasaran ditutup
Daria Kasatkina
Bintang Tenis yang semakin menyerlah

Sesi dagangan adalah tempoh masa apabila bank dan peserta pasaran lain berdagang secara aktif. Pasaran Forex bekerja sepanjang hari dari Isnin hingga Jumaat. Apabila malam di satu bahagian dunia dan pasaran tempatan bertukar menjadi mod tidur,apabila matahari terbit di bahagian lain dan perdagangan akan bermula dari sana. Proses ini tidak berhenti, oleh yang demikian pedagang boleh bekerja pada bila-bila masa yang mereka mahukan. Pengecualian adalah hujung minggu dan cuti antarabangsa seperti Krismas, Malam Tahun Baru, dan Easter. Pada hari ini, pasaran mata wang akan ditutup.

Anda boleh meningkatkan prestasi anda jika anda mengetahui jam perdagangan forex. Semasa sesi perdagangan tertentu pergerakan turun naik dalam pasaran mata wang meningkat, dan peluang yang baik untuk memasuki pasaran dan keuntungan dari turun naik harga mungkin berlaku. Apabila sesi perdagangan bertindih, iaitu satu sesi masih terbuka manakala satu lagi bermula,nilai perdagangan meningkat dan lonjakan volatiliti yang merupakan keadaan yang menguntungkan bagi pedagang.

Berikut adalah waktu perdagangan forex untuk UTC + 3 tetapan masa yang digunakan di Moscow, Istanbul, Minsk, dan bandar-bandar lain. Jika anda tinggal di beberapa bandar lain, sila laraskan jadual ini mengikut zon waktu anda.

 
{{getLabel()}}
{{rul}}
{{city.title}}
Pasifik
Asia
Eropah
Amerika
masa terbuka pasaran
Pasifik
Asia
Eropah
Amerika
Pasaran ditutup
sesi dibuka dalam sesi dibuka dalam sesi dibuka dalam sesi dibuka dalam

Sesi dagangan Hab Kewangan Masa terbuka (UTC+3) Masa tutup (UTC+3)
{{market.session_title}} {{market.title}} {{market.open | fTime: market.openMinute}} {{market.close | fTime: market.closeMinute}}

Ciri-ciri sesi perdagangan

Pada waktu malam,biasanya harga melakukan pergerakan dengan perlahan, sementara pada siang hari volatiliti meningkat dengan ketara. Sesi dagangan Forex berbeza dengan waktu kerja dan keghairahan perdagangan. Setiap sesi boleh dicirikan oleh mata wang yang paling didagangkan, tahap volatiliti, dan kesan terhadap faktor fundamental.

Sesi dagangan Pasifik

Bekerja di pasaran mata wang bermula dengan pembukaan sesi dagangan Pasifik, yang paling tenang.Disini volatiliti pergerakan harga tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Sebagai peraturan, harga hampir tidak melakukan sebarang pergerakan, pasaran masih kekal, dan pergerakan harga perdagangan mendatar semasa sesi Pasifik. Pedagang profesional cenderung untuk mengelak tawaran pembukaan dalam tempoh ini,tetapi mereka terus memantau pergerakan pasaran, melihat penembusan harga untuk beberapa tahap psikologi atau sejarah utama, pembentukan aliran baru, atau pembalikan harga.

Tempoh ini adalah yang paling sesuai untuk pedagang baru belajar dan membuat urusniaga pertama mereka disebabkan kadar risiko yang minimum. Selain itu, beberapa sistem perdagangan automatik yang diselaraskan untuk perdagangan mendatar boleh membuktikan ia menjadi lebih cekap semasa sesi Pasifik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tempoh ketidakstabilan yang meningkat apabila Sistem Rizab Persekutuan AS mengumumkan keputusan mesyuarat dasar tetapnya. Reaksi segera terhadap pengumuman ini adalah pantas, sehingga dapat memberi kesan signifikan pada dinamik kepada harga.

Pasangan mata wang yang sering melakukan dagangan semasa sesi pasifik adalah AUD/USD dan NZD/USD. Ini disebabkan dolar Australia dan New Zealand adalah mata wang negara di sekitar Pasifik.

Sesi dagangan Asia

Pada pembukaan sesi dagangan Asia, pasaran kembali aktif, dan pergerakan harga untuk mata wang mula melakukan pergerakan dengan aktif. Aktiviti yang paling aktif sering dilihat pada awal sesi apabila laporan makroekonomi utama dikeluarkan. Pada masa ini, Jepun, Australia, dan New Zealand sering menunjukkan statistik yang memberangsangkan.

Dalam sesi Asia pasangan mata wang yang paling aktif adalah Pasangan mata wang EUR/JPY, USD/JPY, dan AUD. Pasangan mata wang EUR/USD perlu diberi perhatian khusus kerana ia tidak menentu dalam mana-mana sesi perdagangan. Secara statistik, apabila pasangan mata wang menunjukkan volatiliti yang pantas dalam sesi Amerika,biasanya ia menunjukkan pengukuhan harga dalam sesi Asia.

Kecairan semasa sesi Asia adalah rendah. Pasangan mata wang paling banyak melakukan dagangan dalam julat yang kecil dimana ia bersedia untuk pergerakan yang lebih memberangsangkan pada waktu dagangan berikutnya. Bursa saham Asia sering menetapkan arah aliran untuk sepanjang hari dagangan.

Pasaran agak tidak menentu,oleh itu sebarang jenis dagangan boleh digunakan di sini. Memandangkan kadar pergerakan harga yang tidak tergesa-gesa, pedagang akan bertindak seperti pemburu. Mereka perlu menunggu lama dan sabar untuk mangsa mereka, tetapi penantian tersebut boleh mendatangkan keuntungan yang baik.

Sesi dagangan Eropah

Sesi dagangan Eropah adalah yang paling meriah dan penuh dengan pelbagai peristiwa. Jumlah dagangan di sini adalah besar, sehingga aktiviti perdagangan meningkat. Kebanyakan, aliran harga yang mampan di pasaran terbentuk semasa sesi Eropah. Pedagang perlu tahu mengenai fakta ini. Selain itu, isyarat palsu sering berlaku dalam tempoh ini, kerana pedagang Eropah menguji pasaran, cuba mencari pesanan stop, dan mendapatkan tahap sokongan dan tahap rintangan.

Permulaan bagi sesi ini biasanya tenang, dan pergerakan harga mempercepatkan pembukaan Bursa Saham London. Ia adalah tempoh kegemaran para pedagang, kerana volatiliti yang tinggi dan pasangan mata wang EUR, USD, dan GBP paling aktif untuk melakukan dagangan.

Aktiviti dagangan yang aktif biasanya dilihat pada awal pagi dan lewat malam, manakala disebelah petang pedagang akan berehat seketika. Aliran harga biasanya berubah pada sesi terakhir.

Sebarang pasangan mata wang boleh diniagakan semasa sesi Eropah, tetapi kebanyakan pedagang membuat tawaran dagangan terbuka untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan pasangan mata wang USD/CHF serta kadar silang bagi pasangan mata wang EUR/JPY dan GBP/JPY.

Pedagang yang berpengalaman lebih menyukai sesi Eropah kerana ia dapat memberi peluang yang mencukupi untuk mendapat keuntungan yang besar. Keupayaan untuk menganalisis sejumlah besar maklumat dan menentukan kecenderungan pasaran dengan segera boleh menghasilkan keuntungan yang banyak.

Sesi dagangan Amerika

Kegiatan dagangan biasanya dilakukan semasa sesi dagangan Amerika, dimana ia melibatkan sejumlah besar dan berjuta-juta pedagang di seluruh dunia akan memberi sepenuh perhatian. Ia adalah sesi dagangan yang paling agresif, tidak menentu, dan berpotensi untuk memperolehi keuntungan. Peserta pasaran memberi fokus kepada berita yang dikeluarkan dimana ia sering menyebabkan pergerakan mata wang bercampur dan tidak menentu. Arah aliran harga yang terbentuk di sesi Eropah sama ada boleh berterusan atau melakukan pembalikan harga semasa sesi Amerika.

Secara geografi, sesi Amerika bukan sahaja merangkumi Amerika Syarikat, tetapi juga Kanada dan Brazil. Pedagang memberi perhatian khusus kepada pasangan mata wang USD dan CAD. Selain itu, pasangan mata wang JPY turut kelihatan tidak menentu dalam tempoh ini. Peserta pasaran yang tidak takut terhadap tawaran dagangan terbuka pada kadar silang seperti GBP/JPY dan GBP/CHF.

Terdapat satu lagi aspek penting. Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa Bank-bank Eropah mempengaruhi bank-bank Amerika, kerana ini adalah yang pertama membuat sebahagian pertimbangan dari kepentingannya. Oleh itu, volatiliti yang tertinggi diperhatikan apabila sesi Eropah ditutup, dan bank-bank AS mendapat kuasa mutlak.

Aktiviti di pasaran AS menurun pada petang Jumaat. Pedagang biasanya menetapkan keuntungan mereka sebelum hujung minggu yang diikuti dengan pembalikan semula arah aliran harga utama.



Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.