Lihat juga
Semua pasaran dicirikan oleh kestabilan harga ketika tempoh panjang pada masa dan kadang-kadang (15-30% daripada waktu) perubahan aliran boleh berlaku. Tempoh yang paling menguntungkan adalah apabila harga pada pasaran berubah mengikut kepada aliran yang pasti.
Fraktal - satu daripada lima indikator Bill William`s membolehkan untuk mengesan tahap rendah atau tahap tinggi. Kesungguhan teknikal pada fraktal kenaikkan adalah kadar pada 5 minimum bar yang berterusan dimana dua bar dengan tahap rendah yang maksimum diletakkan sebelumnya dan selepas tahap maksimum yang tertinggi. Sebaliknya pula konfigurasi (kadar pada lima bar dimana dimana dua bar dengan tahap minimum adalah sebelum dan selepas tahap terendah yang minimum) menghala ke arah bawah. Pada carta Fraktal mempunyai nilai Tinggi dan Rendah;dimana ianya ditandakan oleh arah anak panah menurun dan menaik.
Isyarat pada indikator teknikal Fraktal perlu ditapis oleh teknikal indikator Alligator. Dalam erti kata yang lain, anda tidak perlu beli jika Fraktal adalah lebih rendah daripada gigi, dan anda tidak perlu jual jika Fraktal berada diatas gigi Alligator. Selepas isyarat Fraktal dibentuk dan mempunyai kuasanya, yang disahkan oleh posisinya luar daripada mulut Alligator, ianya kekal sebagai isyarat sehingga ianya ditembusi atau sehingga iyarat Fraktal yang baru muncul.