Lihat juga
Petunjuk arah aliran ini telah dihasilkan oleh seorang penganalisis teknikal Manning Stoller pada awal 1980-an. STARC band ini digunakan dalam perdagangan arah aliran klasik di mana julat penembusan harga akan diambil kira.
Band Pertengahan = SMA(n) = SMA(5)
Band Atas= SMA(n) + (ATR(m)*K) = SMA(5) + (ATR(15)*1,33)
Band Bawah = SMA(n) - (ATR(m)*K) = SMA(5) - (ATR(15)*1,33)
STARC band (Saluran julat purata Stoller) adalah merupakan adalah tiga band yang membentuk saluran di sekitar purata pergerakkan ringkas.
Petunjuk ini adalah hampir sama dengan Bollinger Band, namun petunjuk STARC band lebih tertumpu kepada pasaran mendatar dan pasaran tidak menentu. Walau bagaimanapun, STARC band tidak mengukur tahap tinggi dan rendah harga serta tidak mengambil kira sisihan piawai seperti yang dilakukan oleh Bollinger Band. Ia dikira menggunakan kaedah Average True Range (ATR) di mana ia akan menghasilkan maklumat yang lebih terperinci mengenai pasaran tidak menentu. Penggunaan tempoh STARC band 10 adalah merupakan satu parameter optimum untuk ATR.
Petunjuk ini mempunyai dua fungsi. Pertama, ia digunakan sebagai isyarat cadangan kepada pedagang sama ada untuk membuka tawaran membeli atau menjual apabila harga telah menembusi sempadan STARC band. Dalam kes ini, para pedagang perlu menunggu sehingga harga mengukuh di atas atau di bawah STARC band dan stop loss perlu diletakkan selepas band pertengahan.
Kedua, petunjuk STARC boleh digunakan oleh para pedagang sebagai isyarat sama ada harga sudah memasuki wilayah oversold atau pun overbought. Dalam usaha untuk melakukannya, indeks K perlu dipindahkan dari 3 ke 1.33. Dalam kes ini, ujian harga pada STARC band akan menunjukkan bahawa harga telah mencapai nilai yang melampau; kebarangkalian harga untuk bergerak adalah sangat tinggi. Isyarat ini perlu disertakan dengan isyarat 'oscillator' yang akan menunjukkan kawasan oversold/overbought (Contohnya, petunjuk RSI).
Tempoh Band = 6
ATR = 10
K = 1.33
Band Shift = 2