Lihat juga
IFX_MultiMovingAverage adalah indikator yang membolehkan pengguna untuk menentukan arah aliran harga untuk beberapa moving average dalam satu tempoh masa dan memahami apa yang berlaku dalam aliran harga pada masa ini. Para pengguna boleh memasukkan nilai mereka sendiri dan juga jenis-jenis moving average.
SMA = Sum(Harga)/n, dimana
Harga — harga pada masa semasa bermula dari 1 hingga n;
n — tempoh masa moving average.
Beberapa jenis moving average mewakili alat analisis popular. Selain daripada tempoh masa dan jenis-jenis pengiraan MA, penggunaan praktikal moving average adalah berdasarkan kepada dua faktor: kemungkinan untuk menentukan arah aliran harga dengan bantuan MA dan penembusan/lantunan perdagangan dari tahap petunjuk ini.
Dengan menggunakan IFX_MultiMovingAverage di dalam MetaTrader, para pedagang kini berpeluang untuk mengetahui arah aliran harga yang dinyatakan oleh salah satu daripada empat moving average yang telah diaplikasikan pada indikator. Warna indikator isyarat arah aliran: moving average berwarna merah pada extra window petunjuk akan menyatakan bahawa moving average kini adalah di dalam aliran menurun. Manakala warna hijau pada IFX_MultiMovingAverage pula akan menunjukkan aliran menaik.
Dengan menggunakan indikator ini, para pedagang juga boleh menggabungkan beberapa moving average yang berbeza, memerhatikan arah aliran harga yang berlaku pada jangka masa one window. Berdasarkan pada faktor ini, pedagang boleh membuat keputusan untuk memasuki pasaran/keluar dalam arah aliran harga dan pada masa yang sama memantau moving average dalam tempoh masa jangka pendek.
MA1 = 13
MA2 = 34
MA3 = 55
MA4 = 89