Lihat juga
Indikator komputer Ekstrem Larry Williams berfungsi untuk mengesan kehadiran tinggi rendah harga dalam pasaran bagi perdagangan jangka pendek, seperti yang termaktub di dalam buku Rahsia Jangka Panjang untuk Perdagangan Jangka Pendek terbitan Williams. Indikator ini boleh digunakan sebagai tambahan yang sangat baik untuk asas perdagangan mengenai teknik kemasukan pasaran.
Indikator ini dihasilkan berdasarkan pada asas pembetukkan tinggi rendah harga jangka pendek, dengan syarat beberapa hari sebelumnya telah menghasilkan corak tinggi yang lebih rendah atau corak rendah yang lebih tinggi sebagai perbandingan dengan paras harga harian.
Merujuk pada buku Rahsia Jangka Panjang untuk Perdagangan Jangka Pendek, Larry Williams memberikan gambaran mengenai pasaran ekstrem seperti yang berikut: "Saya boleh menentukan pasaran rendah jangka pendek menggunakan formula mudah ini: pada ketika tahap rendah harian dengan tahap rendah yang lebih tinggi pada kedua-dua bahagian, tahap rendah akan menjadi tahap rendah jangka pendek. Manakala untuk tahap tinggi jangka pendek pula adalah sebaliknya. Di sini kita akan dapat melihat corak tinggi dengan tahap harga yang lebih rendah pada kedua-dua bahagian."
Ciri-ciri yang dinyatakan pada harga ekstrem akan membolehkan para pedagang untuk mengenal pasti pembalikan harga jangka pendek di dalam carta harian, dan sekiranya terdapat isyarat, mulakan perdagangan dalam aliran berbalik.
Indikator MetaTrader Larry Williams Ekstrem dibangunkan oleh InstaTrade bagi membolehkan para pedagang menentukan dengan jelas waktu apabila aset kewangan membentuk harga tinggi atas rendah jangka pendek (dari konsep sudut pandang penulis). Sekiranya terdapat harga yang melampau (tinggi) pada carta harian pasangan mata wang, indikator ini akan memaparkan anak panah merah yang menandakan bahawa corak yang terbentuk akan diikuti dengan penurunan harga. Sebaliknya, jika harga menyatakan harga rendah jangka pendek, indikator akan menunjukkan anak panah hijau yang mengesahkan kemungkinan pesanan membeli
Jika anda menggunakan indikator ini sebagai alat analisis bebas, anda perlu membenarkan arah aliran muncul untuk menolak kemungkinan memasuki pasaran terhadap arah umum pergerakan harga.
Isyarat indikator Ekstrem Larry Williams sebagai alat analisis tambahan yang melengkapkan kaedah teknikal atau fundamental asas dalam membuat keputusan sistem perdagangan.