empty
04.04.2025 09:38 AM
EUR/USD dan GBP/USD 4 April – Analisis Teknikal

EUR/USD

This image is no longer relevant

Selepas beberapa percubaan dan tiga minggu pengukuhan, pihak pembeli akhirnya berjaya melancarkan penembusan harga, membolehkan mereka menutup dagangan semalam dengan kukuh di atas paras rintangan Awan Ichimoku pada carta masa bulanan (1.0943) dan mingguan (1.0978). Hari ini menandakan penutupan mingguan, dan pembeli perlu mengekalkan keuntungan ini. Sekiranya pergerakan menaik berterusan, pasangan mata wang ini berkemungkinan menguji paras tertinggi sebelum ini (1.1214 – 1.1276). Jika keuntungan gagal dikekalkan, paras yang telah ditembusi kini mungkin berfungsi sebagai sokongan. Sasaran penurunan yang berpotensi termasuk zon sekitar 1.0978 – 1.0943 dan 1.0856 – 1.0828.

This image is no longer relevant

Momentum semalam telah mengembangkan julat tahap Pivot klasik dengan ketara. Tahap rintangan bagi pergerakan menaik selanjutnya adalah pada 1.1197 – 1.1342 – 1.1538. Sekiranya pihak penjual memilih untuk melaksanakan pembetulan harga, mereka akan berdepan tahap utama pada 1.1001 (tahap Pivot tengah harian) dan 1.0865 (arah aliran jangka panjang mingguan). Penembusan di bawah paras ini serta pembalikan arah aliran akan membolehkan penjual mengubah keseimbangan kuasa semasa memihak kepada mereka. Perkembangan lanjut sentimen menurun boleh mendorong pasangan ini ke tahap sokongan Pivot klasik pada 1.0856 – 1.0660 – 1.0515.

***

GBP/USD

This image is no longer relevant

Daripada tiga minggu ketidaktentuan, pihak pembeli muncul sebagai pihak pertama yang berjaya membuat penembusan. Mereka menolak harga melepasi paras sasaran harian terakhir (1.3047) tanpa sebarang ujian semula. Ketika minggu hampir berakhir, mengekalkan keuntungan ini adalah amat penting. Sekiranya pergerakan menaik diteruskan, pembeli akan mensasarkan paras tertinggi sebelum ini pada 1.3433. Penembusan di atas paras tersebut akan menjadi isyarat berakhirnya pembetulan bulanan semasa. Sekiranya pererakan menaik gagal, pihak lawan boleh merampas semula kelebihan dengan menembusi sokongan arah aliran jangka pendek harian (1.3036) dan segera membawa pasangan ini kembali ke zon pengukuhan terdahulu yang berpusat sekitar sempadan atas Awan Ichimoku mingguan (1.2957).

This image is no longer relevant

Pada carta masa lebih rendah, pasaran kini berlegar sekitar tahap Pivot tengah (1.3091). Sekiranya pembetulan diteruskan, pasangan ini berkemungkinan menguji tahap arah aliran jangka panjang mingguan (1.2979), yang pada masa ini mencerminkan keseimbangan kuasa semasa. Penembusan di bawah paras ini akan mengalihkan kelebihan utama kepada pihak penjual. Pengukuhan momentum menurun seterusnya boleh mendorong pasangan ini ke tahap sokongan Pivot klasik pada 1.2855 dan 1.2739. Sekiranya pembeli berjaya menghentikan pembetulan pada tahap ini, potensi kenaikan lanjut boleh direalisasikan melalui tahap rintangan pada 1.3211 – 1.3327 – 1.3447.

***

Komponen Analisis Teknikal:
  • Carta Masa Lebih Tinggi: Ichimoku Kinko Hyo (9.26.52) dan tahap Fibonacci Kijun
  • H1: Titik Pivot Klasik dan Purata Bergerak 120-tempoh (aliran jangka panjang mingguan)

Recommended Stories

EUR/USD. 12 Jun. Tekanan Terbaharu ke Atas Dolar

Selamat sejahtera, para pedagang yang dihormati! Pada hari Rabu, pasangan EUR/USD meneruskan pergerakan menaik setelah melantun semula dari zon sokongan 1.1374–1.1380. Ia berjaya disokong di atas tahap pemulihan semula Fibonacci

Samir Klishi 10:15 2025-06-12 UTC+2

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Instrumen Komoditi Minyak Mentah, Khamis 12 Jun 2025.

Jika kita melihat carta harian bagi instrumen komoditi Minyak Mentah, terdapat Perbezaan di antara pergerakan harga #CL dan penunjuk Pengayun Stochastic, yang menunjukkan kemungkinan #CL akan mengalami pembetulan penyusutan dalam

Arief Makmur 08:10 2025-06-12 UTC+2

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Indeks Nasdaq 100, Khamis 12 Jun 2025.

Pada carta 4 jam indeks Nasdaq 100, terdapat perbezaan antara pergerakan harga dan penunjuk Pengayun Stochastic, terutamanya dengan pengesahan pergerakan harga semasa #NDX yang bergerak di bawah EMA (21), maka

Arief Makmur 08:10 2025-06-12 UTC+2

Isyarat Dagangan untuk EUR/USD bagi 12-19 Jun, 2025: jual di bawah 1.1500 (21 SMA - 8/8 Murray)

Jika harga euro jatuh di bawah 1.1500 dalam beberapa jam akan datang, ini boleh dilihat sebagai peluang untuk menjual. Dari sudut teknikal, ia kelihatan terlebih belian pada carta

Dimitrios Zappas 05:33 2025-06-12 UTC+2

Isyarat Dagangan EMAS (XAU/USD) untuk 12-19 Jun 2025: jual di bawah $3,386 (21 SMA - 7/8 Murray)

Aliran XAU/USD kekal dalam fasa kenaikan selagi harga terus membuat pengukuhan di atas paras 3,331. Oleh demikian, adalah wajar untuk membeli emas selagi harga terus membuat pengukuhan di atas paras

Dimitrios Zappas 05:32 2025-06-12 UTC+2

Ramalan EUR/USD untuk 12 Jun 2025

Data inflasi A.S. yang dikeluarkan pada hari Rabu telah menggoyahkan pasaran: indeks dolar menurun sebanyak 0.47%, minyak WTI melonjak sebanyak 5.54%, emas meningkat sebanyak 1.27%, dan hasil Perbendaharaan A.S

Laurie Bailey 04:40 2025-06-12 UTC+2

Ramalan GBP/USD untuk 12 Jun 2025

Pada hari Rabu, pound British berjaya mengelakkan penurunan di bawah paras sokongan teknikal, lalu berbalik naik dari paras tersebut. Harga membuat lantunan dari garisan penunjuk MACD pada carta harian, manakala

Laurie Bailey 04:40 2025-06-12 UTC+2

Ramalan USD/JPY untuk 12 Jun 2025

Pembetulan harga sejak 27 Mei adalah kompleks dan berlarutan, sekali gus menimbulkan risiko penembusan melebihi paras 146.11. Namun, risiko ini kini tidak lagi menjadi kebimbangan berikutan pembalikan dari paras 145.08

Laurie Bailey 04:40 2025-06-12 UTC+2

Bitcoin: Kekuatan Dolar Boleh Mencetuskan Kejatuhan dalam Pasaran Kripto

Hari ini, tumpuan utama pasaran akan diberikan kepada penerbitan laporan inflasi Amerika Syarikat, yang dijangkakan bukan sahaja menunjukkan penghentian penurunan baru-baru ini, malah mencatatkan kenaikan inflasi tertinggi dalam tempoh empat

Pati Gani 11:47 2025-06-11 UTC+2

EUR/USD. 11 Jun. Amerika Syarikat dan China Tidak Mencapai Sebarang Persetujuan

Pada hari Selasa, pasangan EUR/USD terus bergerak mendatar antara tahap 1.1380 dan 1.1454. Lantunan semula dari tahap anjakan semula Fibonacci 61.8% pada 1.1380 memungkinkan kenaikan lain dalam julat tersebut. Penurunan

Samir Klishi 11:12 2025-06-11 UTC+2
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
 

Dear visitor,

Your IP address shows that you are currently located in the USA. If you are a resident of the United States, you are prohibited from using the services of InstaFintech Group including online trading, online transfers, deposit/withdrawal of funds, etc.

If you think you are seeing this message by mistake and your location is not the US, kindly proceed to the website. Otherwise, you must leave the website in order to comply with government restrictions.

Why does your IP address show your location as the USA?

  • - you are using a VPN provided by a hosting company based in the United States;
  • - your IP does not have proper WHOIS records;
  • - an error occurred in the WHOIS geolocation database.

Please confirm whether you are a US resident or not by clicking the relevant button below. If you choose the wrong option, being a US resident, you will not be able to open an account with InstaTrade anyway.

We are sorry for any inconvenience caused by this message.